Wakil Rakyat

By globalmalau

Globalmalau Copy

Tengku Razaleigh minta EGM diadakan bincang kekalahan UMNO

Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah telah menghantar surat kepada semua Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Puteri Bahagian, AJK Bahagian dan Ketua Cawangan UMNO seluruh Negara mengesa agar diadakan Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) pada 11 Mei 2008.

Ini adalah kerana membincangkan kekalahan dan pretasi buruk UMNO dalam Pilihanraya Umum ke XII yang baru selesai 8 mac 2008. Ini juga sebagaimana yang diperuntukan Perlembagaan UMNO Fasal 14.6.1 dan 8.5.3

Sebanyak 18,000 pucuk surat yang bertarikh 12 Mac 2008 ini telah dihantar melalui pos kepada pemimpin pemimpin UMNO disemua peringkat diseluruh Negara, yang bertajuk “Keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 dan masa depan UMNO dan Orang Melayu”. 11 Mei merupakan hari perayaan ulang tahun UMNO ke 62 dan ianya amat sesuai digunakan untuk membincangkan topik sebagai yang dicadangkan.

Tinggalkan jawapan